Sunday 1 July 2012

SIROSIS HATI


SIROSIS HATI

PENGENALAN SIROSIS HATI

Sirosis hati merupakan kerosakan hati akibat pembengkakan hati yang berpanjangan. Hati rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh dan regenerasi sel ini berlaku dengan cara yang tidak teratur, akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Pertumbuhan sel yang tidak teratur akan mengganggu struktur susunan sel hati. Ini akan mengganggu fungsi hati, seperti menghalang pengaliran darah dan cairan hempedu dan ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti jaundis, busung, muntah berdarah dan koma.

Punca-punca Hati Sirosis:

Kemungkinan akibat daripada jangkitan virus Hepatitis, alkohol, bahan kimia dan pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan.


BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HATI SIROSIS

Pada peringkat hati sirosis pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan hipertensi portal yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya kebocoran pada saluran darah dan pesakit akan mengalami busung, kaki membengkak dan muntah berdarah. Jadi tonik hati ini akan:

  • Membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati
  • Membantu merawat bengkak hati
  • Membantu untuk menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru supaya ia tumbuh dengan lebih teratur dan tersusun
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Membantu untuk melancarkan perjalanan darah
  • Membantu untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam tubuh pesakit melalui perpeluhan dan air kencing
  • Membantu mengurangkan pendarahan
Berdasarkan kepada rekod Al-Jabbar, rawatan untuk hati sirosis agak lama. Walaubagaimanapun, insya’allah dengan penggunaan tonik hati ini ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan simptom-simptom berat yang dialami oleh pesakit seperti dapat mengurangkan busung, bengkak kaki dan mengurangkan pendarahan.


BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami sirosis hati akan melihat perubahan dari segi simptom yang dialaminya sebelum menggunakan tonik hati seperti:

·         Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan
·         Busung akan berkurangan dan perut terasa lebih lembut berbanding sebelumnya
·         Pesakit kurang mengalami muntah darah atau najis berdarah
·         Warna air kencing kembali normal
·         Kurang mengalami sesak nafas
·         Boleh melakukan aktiviti hari seperti biasa
·         Selera makan bertambah

Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom.  Bagi pesakit yang mengalami simptom kronik, mereka dinasihatkan mengamalkan tonik hati untuk jangka masa 3-12 bulan untuk mendapatkan kesan yang maksimun. Jika pesakit telah sembuh sekalipun, mereka perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan untuk mengelakkan simptom berulang.

Pesakit wajib membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan menggunakan tonik hati. Lihat pada bacaan AST, ALT, BILIRUBUN, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN dan lain-lain. Sekiranya bacaan tersebut telah normal, pesakit digalakkan mengamalkan tonik hati sebagai suplimen tetapi dengan dos yang berbeza (3 hari 1 kapsul) dan Al-Jabbar mengesyorkan HBs_2 kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli tonik hati (pesakit betul-betul telah sembuh sepenuhnya).
4.      PANTANG MAKAN PESAKIT
  •  Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair


5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?

Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

No comments:

Post a Comment