Sunday 1 July 2012

PENGENALAN TONIK HATI

PENGENALAN

Terdapat lebih daripada 30,000 spesis tumbuhan yang terdapat di Semenanjung Malaysia, di mana 1,800 jenis daripadanya telah digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai ubat-ubatan. Daripada jumlah ini, 25% melengkapi Farmasi Pakar Perubatan Melayu dan daripada jumlah ini sebanyak 10 jenis merupakan amalan yang perlu bagi menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit.

Setiap jenis tumbuhan mempunyai keadaan dan sifat tersendiri yang perlu dipadankan dengan penyakit yang diubati. Sifat tumbuhan herba dikenalpasti melalui rasa, warna, bau, serta persekitaran. Sifat tumbuhan herba juga diketahui melalui kandungan fitokimia. Kaedah terbaru dengan menggunakan peta DNA. 'Genotype' sesuatu tumbuhan boleh dikaitkan dengan 'phenotype'. Sebagai contoh, kebanyakan tumbuhan yang bersifat panas berwarna pekat dan kuat sementara yang bersifat sejuk berwarna putih.

Ekologi juga menentukan sifat tumbuhan yang tumbuh. Tumbuhan yang tumbuh rendah dan melata di atas tanah lebih sesuai bagi mengubati penyakit angin, manakala yang tumbuh tinggi dan tegap seperti Tongkat Ali, rasanya pasti pahit atau payau dan ianya lebih sesuai dengan penyakit berkaitan darah.

Dalam ilmu perubatan herba, Al-Jabbar telah mengambil pendekatan dengan mengkaji secara keseluruhan hubungan organ-organ dalam badan dan kaitannya dengan penyakit manusia. Penyakit selalunya menyerang manusia apabila berlakunya kelemahan atau kegagalan fungsi organ tertentu, khususnya hati.

Sebagai contoh, seseorang yang menghidap penyakit berkaitan dengan hati. Dalam perubatan herba, herbalist sentiasa mengambil kira punca-punca penyakit tersebut dan organ-organ yang terlibat. Setiap herba dalam formula untuk merawat penyakit ini ada meridian tertentu iaitu organ-organ tertentu yang dan berkisar kepada organ yang terlibat yang menjadi punca kepada serangan sesuatu penyakit. Perubatan cara herba mencari formula dan kaedah untuk membasmi punca dan merawatnya secara keseluruhan supaya penyembuhan sebenar dinikmati oleh pesakit.

RAWATAN 100 HARI HB HIDAYAH (TONIK HATI)

Herba HB Hidayah dirumus berdasarkan kesan antibiotik semulajadi melemahkan dan membasmi, sekaligus membasmi virus yang menjadi penyebab utama hepatitis.  Pada masa yang sama, kombinasi herba membantu menguatkan organ hati dan menjaga kesihatan serta fungsi hati. Ia juga menguatkan sistem imuniti badan dan menghalang aktiviti virus memusnahkan sel-sel hati.  Kombinasi herba-herba ini juga boleh membasmi virus, mematikan virus serta membaiki sel-sel hati dan mencegah berlakunya keradangan pada hati.

Hasil kajian yang mendalam beserta dengan rekod-rekod pesakit yang telah lepas, proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari.  Namun ada juga sesetengah pesakit yang sembuh sebelum mencapai 100 hari dan ada juga sesetengah kes, pesakit akan sembuh pada hari ke 120 dan sebagainya.. Walaubagaimanapun, secara rawaknya 80% pesakit akan sembuh pada linkungan 100 hari. Peringkat penyembuhan juga berlaku mengikut peringkat serangan virus dan peringkat keradangan hati yang berlaku pada pesakit.  Jikalau para pesakit itu adalah pembawa tanpa gejala dan hatinya tidak rosak, maka proses penyembuhan cepat berlaku.

Berikut merupakan peringkat-peringkat rawatan dengan menggunakan Tonik Hati ini:

PERINGKAT DOMAIN (Bulan pertama pengambilan ubat)

Sebaik sahaja HB Hidayah Plus memasuki tubuh pesakit dan memasuki aliran darah, perkara pertama yang akan dilakukan adalah ubat ini akan bekerja untuk membaiki dan membina hati pesakit yang telah rosak (hati yang mula membengkak) akibat daripada berlakunya regenerasi sel (pertumbuhan sel) yang tidak teratur disebabkan oleh hati yang telah terdedah kepada serangan virus.  Pada ketika ini, pesakit berkemungkinan akan berasa sedikit simptom sampingan seperti mengantuk.

Di dalam prinsip rawatan HB Hidayah Plus, peringkat ini dikenali sebagai tahap domain. Tahap domain adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan Hepatitis.  Pada peringkat ini, ubat ini akan 'mengacau' kedudukan virus di luar hati, dibawah hati atau di dalam sel-sel hati.  Virus ini akan 'bertebaran' dan memasuki aliran darah.

Jikalau pesakit membuat 'lab test'/ujian makmal untuk 'viral load studies' (mengukur kuantiti virus dalam darah), mereka akan mendapati jumlah virus akan meningkat.  Rasionalnya, jumlah virus akan meningkat kerana ujian itu dibuat pada darah, dan pada masa yang sama virus mula berhijrah ke aliran darah.  Tetapi virus ini akan mula berkurangan pada peringkat seterusnya yang mengambil masa lebih kurang sebulan.

Semasa proses ini berlaku, pesakit akan berasa beberapa kesan sampingan seperti mengantuk, letih-letih, dan lenguh-lenguh badan.  Ini menandakan berlakunya tindakbalas di antara virus dengan ubat HB Hidayah Plus.  Namun, kesan sampingan seperti ini berlaku seketika sahaja (2-3 hari pertama selepas pengambilan ubat).  Tetapi tidak semua pesakit akan berasa gejala ini.  Sebaliknya, hanya sesetengah daripada pesakit sahaja akan mengalami kesan sampingan seperti ini.  Ada juga pesakit yang langsung tidak mendapat kesan sampingan.

PERINGKAT NEUTRAL (Bulan ke-2 pengambilan ubat)

Pada peringkat ini, ubat HB Hidayah Plus sudah mula membasmi virus.  Hati sudah bebas daripada virus dan hati mula subur membiak.  Dimana, ubat ini telah memperbetulkan semula susunan sel-sel hepatosit (hati) yang sebelumnya tidak teratur.  Pada tahap ini, jikalau pesakit itu mempunyai hati yang membengkak (peringkat awal), ia biasanya sudah kembali normal, dan hati kembali seperti yang asal.  Ubat HB Hidayah Plus telah mula membekalkan antibodi kepada tubuh pesakit.

Pada peringkat ini juga, pesakit sudah mula berasa lebih bertenaga, lebih sihat dan cergas.  Ada sesetengah pesakit sudah menganggap mereka telah sembuh sepenuhnya.  Ada di antara mereka yang telah mula meninggalkan ubat atau makan ubat secara tidak teratur dan tidak mengikut jadual.  Faktor inilah kadangkala yang menyebabkan ada pesakit yang mendakwa mereka tidak sembuh pada tempoh tertentu atau lambat untuk sembuh.

PERINGKAT NEGATIF (Bulan ke-3 pengambilan ubat)

Pada peringkat ini, kebanyakan para pesakit sudah merasakan kelegaan pada tahap maksimum.  Virus telah berjaya dibasmi, dan pesakit sudah bebas sepenuhnya dari Hepatitis.  Walaubagaimanapun, para pesakit yang telah mencapai tahap kerosakan hati yang membengkak dan perut membusung, memerlukan masa yang lebih panjang untuk dirawat dan disembuhkan (3-6 bulan).  Namun, ia juga bergantung kepada tahap kondisi tubuh pesakit tersebut, proses penyembuhan berlaku secara perlahan-lahan.  Pengambilan ubat secara berterusan perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap sirosis hati (peringkat awal) sehinggalah sukses sepenuhnya daripada sirosis.

KETERANGAN RINGKAS TENTANG HB HIDAYAH PLUS

Nama ubat  :  HB Hidayah Plus
Ubat ini merupakan persediaan herba untuk kesihatan.

  • Ini adalah persediaan tradisional
  • Jikalau penyakit berlarutan, sila dapatkan nasihat daripada doktor
  • Setiap kapsul 500mg mengandungi:
  • Zingiber Officinale Rhizome
  • Sylibum Marinum
  • Folium Morinda Elliptica
  • Fructrus Citrus Hystrix
  • Folium Hidrocotyle
  • Glucose
CARA PENGAMBILAN

  • Ambil 1 biji pagi dan 1 biji malam selepas 30 minit makan (untuk mereka yang mengalami gejala akut)
  • Ambil 2 biji pagi dan 1 biji malam selepas 30 minit makan (untuk mereka yang mula mengalami gejala kronik, seperti rasa sukar hendak bernafas, kadangkala terasa sakit di hati atau rasa hati membengkak)
  • Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas 30 minit makan (untuk mereka yang telah mendapat gejala kronik seperti busung (ascites), kaki membengkak, hati sirosis atau kanser.
  • Untuk kesan yang lebih maksimum, pesakit dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 3 bulan(perawatan 100 hari) tanpa berhenti.  Walaubagaimanapun, tempoh penyembuhan bergantung kepada tahap serangan virus dan tahap penyakit.
  • Sekiranya pesakit mengambil sebarang ubat hospital atau ubat tradisional yang lain, dinasihatkan mengambil HB Hidayah Plus sebelum/selepas 2 jam pengambilan ubat lain.
  • Dicadangkan, selepas pesakit sudah sembuh sepenuhnya, perlu lagi mengambil produk Jabbar Hbs_2 (Supplement untuk hati) bagi mengekalkan dan membantu meningkatkan fungsi hati.
  • Ibu hamil TIDAK digalakkan mengambil ubat ini.
 
    DEFINISI HERBA

    Herba merupakan sebatang pokok yang terdiri daripada akar hinggalah ke pucuknya.  Keseluruhan herba-herba yang digunakan oleh Al-Jabbar terdiri daripada herba yang diperolehi daripada hutan hujan tropika.  Ubat HB Hidayah Plus ini juga menggunakan campuran pelbagai herba yang tumbuh di hutan-hutan yang terdiri daripada 7 jenis bunga-bungaan dan lain-lain tumbuhan herba.

    Kekuatan dan keistimewaan herba sebenarnya bergantung kepada bagaimana campuran herba ini dibuat dan jenis herba yang digunakan.  Hasil campuran pelbagai herba ini akan menghasilkan pelbagai fungsi dan kegunaan sesuatu ubat herba, dan faktor inilah yang akan membezakan pelbagai jenama ubat-ubatan herba di pasaran serta tahap keberkesanannya kepada pengamalnya.

    FUNGSI KHASIAT HERBA HB HIDAYAH PLUS

    1. Membantu melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama penyakit Hepatitis.
    2. Membantu menormalkan kembali bacaan enzim hati.
    3. Membantu menguatkan sistem imunisasi badan dan membekal serta membantu menghidupkan antibodi yang kuat.
    4. Membantu menguat, membaiki dan menjaga fungsi organ hati dan membaiki kerosakan-kerosakan sel-sel hati.
    5. Membantu menghilangkan gejala akut dan gejala kronik pesakit Hepatitis.
    6. Membantu menyuburkan pertumbuhan sel-sel hepatosit (sel-sel hati) yang baru mengikut susunan yang teratur dan lengkap.
    7. Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain.
    8. Membantu menghilangkan dan menyembuhkan segala gejala-gejala Hepatitis/radang hati.
    9. Membantu merawat dan menyembuhkan penyakit Hepatitis.
    PANTANG MAKAN

    Setelah memakan ubat ini mengikut peraturannya, pesakit juga dikehendaki mengamalkan pantang makan. Rasionalnya, pantang makan adalah kerana hati merupakan organ kedua terbesar di dalam sistem tubuh manusia yang menjalankan beratus-ratus fungsi.  Apabila pantang makan diamalkan, ia mampu membantu mengurangkan beban hati yang telah terdedah kepada serangan virus.  Antara pantang yang perlu diamalkan, seperti:

    • Kurangkan pengambilan makanan yang terlalu berminyak dan terlalu berkolestrol
    • Pastikan tidak mengambil makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna, terutamanya makanan laut yang bercengkerang
    • Elakkan menggunakan susu cair dalam minuman atau makanan
    • Kurangkan pengambilan minuman seperti air batu dan makanan yang 'sejuk'
    BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL...INSYAALLAH SEMBUH.....

    MARGIN HARGA HB HIDAYAH PLUS (TONIK HATI)

    JENIS PAKEJ              HARGA               KUANTITI                TEMPOH
    GOLD                            RM2000                10 BOTOL                 3 BULAN 10 HARI
    SILVER                          RM1300                  6 BOTOL                 2 BULAN
    BASIC                           RM1000                  4 BOTOL                 40 HARI

    No comments:

    Post a Comment