Sunday 1 July 2012

BENGKAK HATI



BENGKAK HATI

1.      PENGENALAN HATI
     Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia terletak di bawah rusuk kanan dan mempunyai berjuta-juta sel akan menjalankan beratus-ratus fungsi untuk tubuh badan manusia. Malah sukar untuk memisahkan sebarang aspek tubuh yang tidak bergantung dengan HATI.

Antara fungsi-fungsi hati ialah:
·         Menghasilkan protein
·         Menstabilkan gula dalam darah
·         Menghadamkan lemak dan mengeluarkan cairan hempedu
·         Menyingkirkan pelbagai bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia,alkohol, dadah dan ubat- 
      ubatan   
·         Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan
·         Menghasilkan antibodi untuk menentang virus atau bakteria


HATI boleh mengalami kerosakan atau pembengkakan akibat daripada?

·      Jangkitan virus (seperti jangkitan virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan HIV)
·         Dadah
·         Alkohol
·         Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan

Bengkak hati perlu dirawat kerana jika dibiarkan ia akan mendedahkan pesakit kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati.

Pada peringkat bengkak hati biasanya, pesakit akan mengalami simptom-simptom awal seperti:
·         Demam yang berterusan
·         Letih yang melampau
·         Loya dan mual
·         Hilang selera makan
·         Sakit sendi
·         Penurunan berat badan secara mendadak
·         Jaundis (kuning)

Apabila sudah sampai ke peringkat sirosis hati, pesakit akan mengalami simptom simptom kronik seperti:

·         Busung
·         Bengkak kaki
·         Muntah berdarah dan najis berdarah
·         Koma

   BAGAIMANA TONIK HATI INI DAPAT MEMBANTU MERAWAT BENGKAK HATI?

     Tonik hati ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah hati, samada hati membengkak,
   hati berlemak, hati sirosis dan boleh juga digunakan oleh pesakit yang mungkin dijangkiti virus Hepatitis. Ia dirumus khas daripada herba-herba yang selamat digunakan oleh pesakit hati dan penggunaannya tidak akan memberi kesan negatif kepada hati mahupun organ lain kerana kami memantau pesakit hati melalui ujian fungsi hati. Jika ubat ini memberi kesan negatif kepada hati sudah tentulah bacaan enzim hati tidak akan turun ke paras yang normal.

 Antara fungsi tonik hati ialah:
  • Membantu merawat sel-sel hati yang rosak akibat daripada serangan virus Hepatitis, dadah, alkohol, bahan kimia dan sebagainya
  • Membantu untuk membina semula sel-sel hati yang baru dan membantu untuk mengecutkan sel-sel hati yang bengkak
  • Membantu untuk menghidupkan antibodi
  • Membantu melemah dan membasmi virus menjadi punca utama kepada penyakit Hepatitis
  • Membantu menormalkan kembali bacaan enzim hati
  • Membantu menghilangkan simptom
  • Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain

   BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK  HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami bengkak hati akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Bagi pesakit yang mengalami jaundis ianya kemungkinan akan berkurangan sekurang-kurang 1 minggu selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya semata-mata simptom.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI DARAH) lihat pada bacaan enzim hati (ALT, AST, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN, BILIRUBIN dan sebagainya). Jika salah satu atau keseluruhan bacaan tersebut menunjukkan penurunan daripada sebelumnya, itu menunjukkan bahawa keadaan hati pesakit semakin pulih. Biasanya pesakit disyorkan membuat ujian ini selepas 3 bulan menggunakan tonik hati. Ini kerana proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.

Terdapat juga, pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati.  Sekiranya telah sembuh dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs_2 sebagai suplimen bergantung kepada kemampuan pesakit.


4.      PANTANG MAKAN PESAKIT
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?
Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

No comments:

Post a Comment