Sunday 1 July 2012

APA ITU BUSUNG?


BUSUNG

1.      PENGENALAN BUSUNG

Busung berlaku akibat daripada kerosakan hati yang berpanjangan.  Apabila hati mengalami kerosakan ia tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan sempurna.  Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protein.  Kekurangan protein (albumin) mengakibatkan tekanan on-kotik menurun dan cecair dari saluran darah mengalir keluar ke rongga abdomen.  Hipertensi portal juga menolak keluar cecair dari saluran darah dan menyebabkan asites atau busung.

Pengeluaran limfa berlaku dengan berlebihan kerana pengalirannya tersekat disebabkan sirosis hati, akibat keseluruhannya, pesakit mengalami penakungan cecair pada kaki, abdomen dan seluruh badan.

Busung merupakan simptom kronik penyakit hati. Pada peringkat ini pesakit kemungkinan sudah mengalami sirosis hati. Jika masih tidak dirawat ia akan memberi kesan negatif kepada  paru-paru dan kemungkinann boleh menyebabkan kanser hati.

Bagi mengurangkan busung biasanya pesakit akan dibekalkan dengan ubat untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing. Jika hati semakin kronik ia tidak lagi dapat memproses ubat-ubatan kimia dan akhirnya perut pesakit akan ditebuk untuk menyedut keluar cecair daripada abdomen pesakit. Perut pesakit akan terus ditebuk selagi busung berulang.

Oleh itu, hati yang rosak perlu dirawat, selagi tidak dirawat, selagi itulah simptom tersebut akan berulang.
                      

  2  BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU PESAKIT YANG BUSUNG?

Tonik hati dirumuskan khas untuk mereka yang mempunyai pesakit hati seperti hati sirosis, hati berlemak, hati mengeras, hati mengecut, kanser hati, dan untuk mereka yang mungkin menghidapi hepatitis A, B, C dan sebagainya. Ia dirumus khas daripada herba-herba terpilih yang mana kandungan herbanya selamat digunakan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Tonik hati ini berfungsi untuk membantu merawat kerosakan hati, membantu untuk meningkatkan metabolisme tubuh, membantu untuk membaiki kerosakan sel-sel hati dan membantu untuk membina sel-sel hati yang baru agar ianya dapat berfungsi dengan sempurna. Apabila hati telah dirawat simptom busung akan berkurangan bergantung kepada jangka masa pendedahan pesakit kepada penyakit yang dialami.

Sekiranya pesakit telah lama terdedah kepada penyakit hati, sudah tentu jangka masa untuk proses pemulihan juga mengambil masa yang agak lama.  Kemungkinan memerlukan 3 - 12 bulan untuk menampakkan kesan yang maksimum.

3.    BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?      
          Biasanya busung akan berkurangan, perut akan terasa lebih lembut dan kurang sesak nafas.


      4.  PANTANG MAKAN PESAKIT
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah - buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

5. APAKAH KESAN SAMPINGAN?

Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

No comments:

Post a Comment