Sunday 1 July 2012

SIROSIS HATI


SIROSIS HATI

PENGENALAN SIROSIS HATI

Sirosis hati merupakan kerosakan hati akibat pembengkakan hati yang berpanjangan. Hati rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh dan regenerasi sel ini berlaku dengan cara yang tidak teratur, akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Pertumbuhan sel yang tidak teratur akan mengganggu struktur susunan sel hati. Ini akan mengganggu fungsi hati, seperti menghalang pengaliran darah dan cairan hempedu dan ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti jaundis, busung, muntah berdarah dan koma.

Punca-punca Hati Sirosis:

Kemungkinan akibat daripada jangkitan virus Hepatitis, alkohol, bahan kimia dan pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan.


BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HATI SIROSIS

Pada peringkat hati sirosis pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan hipertensi portal yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya kebocoran pada saluran darah dan pesakit akan mengalami busung, kaki membengkak dan muntah berdarah. Jadi tonik hati ini akan:

  • Membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati
  • Membantu merawat bengkak hati
  • Membantu untuk menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru supaya ia tumbuh dengan lebih teratur dan tersusun
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Membantu untuk melancarkan perjalanan darah
  • Membantu untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam tubuh pesakit melalui perpeluhan dan air kencing
  • Membantu mengurangkan pendarahan
Berdasarkan kepada rekod Al-Jabbar, rawatan untuk hati sirosis agak lama. Walaubagaimanapun, insya’allah dengan penggunaan tonik hati ini ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan simptom-simptom berat yang dialami oleh pesakit seperti dapat mengurangkan busung, bengkak kaki dan mengurangkan pendarahan.


BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami sirosis hati akan melihat perubahan dari segi simptom yang dialaminya sebelum menggunakan tonik hati seperti:

·         Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan
·         Busung akan berkurangan dan perut terasa lebih lembut berbanding sebelumnya
·         Pesakit kurang mengalami muntah darah atau najis berdarah
·         Warna air kencing kembali normal
·         Kurang mengalami sesak nafas
·         Boleh melakukan aktiviti hari seperti biasa
·         Selera makan bertambah

Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom.  Bagi pesakit yang mengalami simptom kronik, mereka dinasihatkan mengamalkan tonik hati untuk jangka masa 3-12 bulan untuk mendapatkan kesan yang maksimun. Jika pesakit telah sembuh sekalipun, mereka perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan untuk mengelakkan simptom berulang.

Pesakit wajib membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan menggunakan tonik hati. Lihat pada bacaan AST, ALT, BILIRUBUN, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN dan lain-lain. Sekiranya bacaan tersebut telah normal, pesakit digalakkan mengamalkan tonik hati sebagai suplimen tetapi dengan dos yang berbeza (3 hari 1 kapsul) dan Al-Jabbar mengesyorkan HBs_2 kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli tonik hati (pesakit betul-betul telah sembuh sepenuhnya).
4.      PANTANG MAKAN PESAKIT
  •  Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair


5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?

Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

BENGKAK HATI



BENGKAK HATI

1.      PENGENALAN HATI
     Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia terletak di bawah rusuk kanan dan mempunyai berjuta-juta sel akan menjalankan beratus-ratus fungsi untuk tubuh badan manusia. Malah sukar untuk memisahkan sebarang aspek tubuh yang tidak bergantung dengan HATI.

Antara fungsi-fungsi hati ialah:
·         Menghasilkan protein
·         Menstabilkan gula dalam darah
·         Menghadamkan lemak dan mengeluarkan cairan hempedu
·         Menyingkirkan pelbagai bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia,alkohol, dadah dan ubat- 
      ubatan   
·         Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan
·         Menghasilkan antibodi untuk menentang virus atau bakteria


HATI boleh mengalami kerosakan atau pembengkakan akibat daripada?

·      Jangkitan virus (seperti jangkitan virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan HIV)
·         Dadah
·         Alkohol
·         Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan

Bengkak hati perlu dirawat kerana jika dibiarkan ia akan mendedahkan pesakit kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati.

Pada peringkat bengkak hati biasanya, pesakit akan mengalami simptom-simptom awal seperti:
·         Demam yang berterusan
·         Letih yang melampau
·         Loya dan mual
·         Hilang selera makan
·         Sakit sendi
·         Penurunan berat badan secara mendadak
·         Jaundis (kuning)

Apabila sudah sampai ke peringkat sirosis hati, pesakit akan mengalami simptom simptom kronik seperti:

·         Busung
·         Bengkak kaki
·         Muntah berdarah dan najis berdarah
·         Koma

   BAGAIMANA TONIK HATI INI DAPAT MEMBANTU MERAWAT BENGKAK HATI?

     Tonik hati ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah hati, samada hati membengkak,
   hati berlemak, hati sirosis dan boleh juga digunakan oleh pesakit yang mungkin dijangkiti virus Hepatitis. Ia dirumus khas daripada herba-herba yang selamat digunakan oleh pesakit hati dan penggunaannya tidak akan memberi kesan negatif kepada hati mahupun organ lain kerana kami memantau pesakit hati melalui ujian fungsi hati. Jika ubat ini memberi kesan negatif kepada hati sudah tentulah bacaan enzim hati tidak akan turun ke paras yang normal.

 Antara fungsi tonik hati ialah:
  • Membantu merawat sel-sel hati yang rosak akibat daripada serangan virus Hepatitis, dadah, alkohol, bahan kimia dan sebagainya
  • Membantu untuk membina semula sel-sel hati yang baru dan membantu untuk mengecutkan sel-sel hati yang bengkak
  • Membantu untuk menghidupkan antibodi
  • Membantu melemah dan membasmi virus menjadi punca utama kepada penyakit Hepatitis
  • Membantu menormalkan kembali bacaan enzim hati
  • Membantu menghilangkan simptom
  • Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain

   BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK  HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami bengkak hati akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Bagi pesakit yang mengalami jaundis ianya kemungkinan akan berkurangan sekurang-kurang 1 minggu selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya semata-mata simptom.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI DARAH) lihat pada bacaan enzim hati (ALT, AST, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN, BILIRUBIN dan sebagainya). Jika salah satu atau keseluruhan bacaan tersebut menunjukkan penurunan daripada sebelumnya, itu menunjukkan bahawa keadaan hati pesakit semakin pulih. Biasanya pesakit disyorkan membuat ujian ini selepas 3 bulan menggunakan tonik hati. Ini kerana proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.

Terdapat juga, pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati.  Sekiranya telah sembuh dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs_2 sebagai suplimen bergantung kepada kemampuan pesakit.


4.      PANTANG MAKAN PESAKIT
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?
Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

HATI BERLEMAK


      PENGENALAN HATI BERLEMAK

Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain tidak terkecuali berdepan dengan masalah yang sama? Organ yang dimaksudkan ialah HATI.

Secara umum, hati berlemak atau steatosis atau lemak yang berlebihan pada hati. Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi. Ia mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau lain-lain penyakit yang lebih serius.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis.
Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras.  Namun, keadaan yang sama boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras atau dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). 

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan pengambilan sesetengah ubat menjadi punca berlakunya hati berlemak. Namun begitu, makan makanan berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati. Malah, ada pesakit mempunyai paras lemak normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati, hati berlemak antara sebab menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin. Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.


 
Tanda

Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus golongan ini mengadu letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Jika keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah hati, busung, pembengkakan kaki, demam dan jaundis.

Individu berisiko menghidap hati berlemak:

  • Mereka yang banyak minum minuman keras
  • Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang
  • Obesiti
  • Pesakit diabetes
  • Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)
  • Kehamilan
  • Ubat-ubatan yang diambil dengan secara berlebihan


BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HATI BERLEMAK?

Tonik hati ini dirumus khas bagi membantu merawat masalah hati. Bagi pesakit yang menghidap hati berlemak ia membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati dan seterusnya menyingkirkan lemak yang menyeliputi sel hati dan mengurangkan simptom-simptom  yang dialami oleh pesakit. Namun begitu proses untuk merawat bergantung kepada bacaan enzim hati (GGT). Jika enzim ini terlalu tinggi kemungkinan pesakit perlu menggunakan tonik hati untuk tempoh 3 - 12 bulan. Lemak di hati boleh dilihat melalui ujian fungsi hati atau ujian imbasan. Ketika pesakit menjalani ujian imbasan (scan) akan kelihatan tompok-tompok putih pada hati (anda juga boleh gambarkan pesakit, hati berlemak pada hati manusia seperti lemak pada hati ayam).


BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami hati berlemak akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Biasanya jaundis akan berkurangan dan demam akan pulih, busung juga akan berkurangan. Tetapi jangka masa untuk busung sembuh sepenuhnya bergantung kepada tahap kerosakan hati pesakit. Pesakit biasanya akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minggu pertama selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya semata-mata simptom.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI DARAH) lihat pada bacaan enzim hati. Jika pesakit menghidap hati berlemak lihat pada bacaan GGT pada ujian fungsi hati. Jika bacaan GGT sudah menunjukkan penurunan, ini bermakna sudah berlaku pengurangan lemak di hati pesakit. Pastikan bacaan tersebut berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya pesakit membawa laporan ujian darahnya dapatkan 1 salinan untuk rekod anda, supaya anda boleh membandingkan sebelum dan selepas pesakit menggunakan tonik hati. Pesakit dinasihatkan menjalani ujian fungsi hati sekurang-kurangnya selepas 3 bulan menggunakan tonik hati untuk melihat kesan yang maksimum.

Terdapat juga, pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati. Walaubagaimanapun ia juga menunjukkan kesan yang positif.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit dinasihatkan mengamalkan tonik hati sebagai suplimen dengan dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs_2 sebagai suplimen bergantung kepada kemampuan fizikal.


4.     PANTANG MAKAN PESAKIT
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?

Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

APA ITU JAUNDIS / DAN BAGAIMANA IA BERLAKU?


KUNING @ JAUNDIS


PENGENALAN JAUNDIS @ KUNING
Jaundis berlaku akibat daripada pembengkakan selhati atau saluran hempedu tersumbat.Selhepatosit (selhati) membengkak akibat daripada jangkitan virus Hepatitis, kuman, pengambilan minuman beralkohol, pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan dan lain-lain.

Apabila sel-sel membengkak ia akan menyebabkan saluran hempedu menjadi sempit dan pengaliran hempedu terganggu dan cairan hempedu akan tumpah ke dalam saluran darah. Akibatnya cairan hempedu dan darah bercampur dan pesakit akan mengalami gejala kuning atau jaundis. Jika saluran hempedu tersumbat kerana batu atau ketumbuhan, gejala jaundis boleh menjadi sangat teruk sehingga kulit pesakit menjadi kuning kehijauan dan menyebabkan kegatalan pada kulit.




BAGAIMANA TONIK HATI MEMBANTU MERAWAT JAUNDIS ATAU KUNING?
Pada peringkat ini, biasanya pesakit digalakkan untuk menggunakan tonik hati dalam tempoh 3 - 6 bulan bagi menampakkan kesan yang maksimum.

Fungsi tonik hati adalah:
  • Membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati
  • Membantu merawat bengkak hati
  • Membantu untuk menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru supaya ia tumbuh dengan lebih teratur dan tersusun
  • Membantu mengurangkan jaundis
  • Membantu mengurangkan demam
  • Membantu menghidupkan antibodi
  • Membantu membuka selera makan
  • Membantu meningkatkan tenaga
  • Membantu melancarkan perjalanan darah
Berdasarkan rekod Al-Jabbar, kes bengkak hati atau jaundis lebih mudah dirawat kerana ia masih di peringkat awal penyakit hati.




BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?
Dari sudut luaran pesakit yang mengalami jaundis akan melihat perubahan dari segi simptom yang dialaminya sebelum menggunakan tonik hatiseperti:
  1. Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan
  2. Pedih ulu hati akan berkurangan
  3. Boleh melakukan aktiviti hari seperti biasa
  4. Selera makan bertambah
  5. Kuning pada air kencing akan berkurangan
  6. Kegatalan pada kulit akan berkurangan

Walaubagaimanapun, jangka masa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami.

Pastikan pesakit membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan menggunakan tonik hati.  Lihat pada bacaan AST, ALT, BILIRUBUN, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN dan lain-lain. Sekiranya bacaan tersebut telah normal, pesakit digalakkan mengamalkan tonikhati sebagai suplimen tetapi dengan dos yang berbeza (3 hari 1 kapsul) dan Al-Jabbar mengesyorkan HBs_2 kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli tonikhati (pesakitbetul-betul telah sembuh sepenuhnya).


 
4.      PANTANG MAKAN PESAKIT
  •  Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestro ltinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?
Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian uluhati, muntah (lebihan asid yang masuk kesaluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

APA ITU BUSUNG?


BUSUNG

1.      PENGENALAN BUSUNG

Busung berlaku akibat daripada kerosakan hati yang berpanjangan.  Apabila hati mengalami kerosakan ia tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan sempurna.  Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protein.  Kekurangan protein (albumin) mengakibatkan tekanan on-kotik menurun dan cecair dari saluran darah mengalir keluar ke rongga abdomen.  Hipertensi portal juga menolak keluar cecair dari saluran darah dan menyebabkan asites atau busung.

Pengeluaran limfa berlaku dengan berlebihan kerana pengalirannya tersekat disebabkan sirosis hati, akibat keseluruhannya, pesakit mengalami penakungan cecair pada kaki, abdomen dan seluruh badan.

Busung merupakan simptom kronik penyakit hati. Pada peringkat ini pesakit kemungkinan sudah mengalami sirosis hati. Jika masih tidak dirawat ia akan memberi kesan negatif kepada  paru-paru dan kemungkinann boleh menyebabkan kanser hati.

Bagi mengurangkan busung biasanya pesakit akan dibekalkan dengan ubat untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing. Jika hati semakin kronik ia tidak lagi dapat memproses ubat-ubatan kimia dan akhirnya perut pesakit akan ditebuk untuk menyedut keluar cecair daripada abdomen pesakit. Perut pesakit akan terus ditebuk selagi busung berulang.

Oleh itu, hati yang rosak perlu dirawat, selagi tidak dirawat, selagi itulah simptom tersebut akan berulang.
                      

  2  BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU PESAKIT YANG BUSUNG?

Tonik hati dirumuskan khas untuk mereka yang mempunyai pesakit hati seperti hati sirosis, hati berlemak, hati mengeras, hati mengecut, kanser hati, dan untuk mereka yang mungkin menghidapi hepatitis A, B, C dan sebagainya. Ia dirumus khas daripada herba-herba terpilih yang mana kandungan herbanya selamat digunakan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Tonik hati ini berfungsi untuk membantu merawat kerosakan hati, membantu untuk meningkatkan metabolisme tubuh, membantu untuk membaiki kerosakan sel-sel hati dan membantu untuk membina sel-sel hati yang baru agar ianya dapat berfungsi dengan sempurna. Apabila hati telah dirawat simptom busung akan berkurangan bergantung kepada jangka masa pendedahan pesakit kepada penyakit yang dialami.

Sekiranya pesakit telah lama terdedah kepada penyakit hati, sudah tentu jangka masa untuk proses pemulihan juga mengambil masa yang agak lama.  Kemungkinan memerlukan 3 - 12 bulan untuk menampakkan kesan yang maksimum.

3.    BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?      
          Biasanya busung akan berkurangan, perut akan terasa lebih lembut dan kurang sesak nafas.


      4.  PANTANG MAKAN PESAKIT
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah - buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

5. APAKAH KESAN SAMPINGAN?

Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

APA ITU HEPATITIS?


Definisi

Hepatitis merupakan penyakit radang hati.  Istilah 'hepatitis' berasal dari perkataan 'hepar' (hati/liver) dan 'itis' (radang).  Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor.  Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus.  Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis.

Keterukan Hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan Hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Hepatitis B Mudah Jangkit

GEJALA penyakit yang disebabkan jangkitan virus Hepatitis B mengambil masa berbelas atau berpuluh tahun untuk muncul selepas seseorang itu dijangkiti.

Biasanya gejala jangkitan hanya muncul apabila seseorang itu berumur 40 tahun ke atas dan dalam tempoh lama ini virus Hepatitis B berganda dengan cepat untuk melumpuhkan fungsi hati.

Hepatitis B antara penyakit kronik utama di negara kita dan di rantau Asia Pasifik khususnya yang boleh menyebabkan kematian. Hepatitis B adalah punca paling lazim kes jangkitan hati di dunia. Satu pertiga penduduk dunia (kira-kira dua bilion) dipercayai menjadi pembawa virus.

Virus Hepatitis B penyebab utama masalah sirosis hati dan 80 peratus kes kanser hati dilaporkan berpunca daripada virus berbahaya itu. Dianggarkan sejuta pesakit mati akibat kanser atau kegagalan hati setiap tahun atau satu hingga dua kematian setiap minit.

Di Malaysia, lebih 1.65 juta orang menjadi pembawa virus Hepatitis B dan 5.5 peratus daripada mereka adalah penghidap Hepatitis B kronik. Jumlah pesakit lelaki menghidap kanser hati primer didapati lebih tinggi iaitu 3.5 bagi setiap 100,000 orang berbanding hanya 2.1 bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, kebanyakan kes Hepatitis B berlaku di kalangan orang Cina (60 hingga 70 peratus), Melayu (30 peratus) dan India 10 peratus.

Virus ini boleh menjangkiti orang lain melalui pemindahan darah, hubungan seks, perkongsian jarum suntikan yang tercemar di kalangan penagih dadah dan kelahiran (daripada ibu kepada anak dalam kandungan ketika bayi dilahirkan).

Risiko jangkitan kronik juga dipengaruhi faktor usia ketika dijangkiti. Lebih 90 peratus kes bayi yang dilahirkan ibu dijangkiti akan menjadi pembawa virus jangka panjang. Orang dewasa yang ada tahap imunisasi baik juga berdepan lima peratus risiko mendapat jangkitan kronik.

Hampir semua bayi dan orang dewasa yang dijangkiti tidak mengalami gejala pada awalnya (jangkitan akut). Gejala hanya muncul apabila penyakit menjadi serius dan kronik. Jangkitan virus ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Tanpa jangkitan, pembawa berasakan mereka sentiasa sihat dan tidak sedar kehadiran virus ini dalam badan.

Gejala pertama boleh muncul selepas 45 hingga 180 hari dijangkiti, tetapi secara puratanya ia boleh dilihat pada 60 hingga 90 hari. Jika virus ini kekal dalam aliran darah selepas enam bulan, ia boleh menyebabkan jangkitan kronik kepada pesakit.

Bagaimanapun, bukan semua orang mendapat jangkitan mengalami gejala ini. Pembawa virus tidak mengalami masalah kesihatan dan boleh bekerja seperti biasa. Di kalangan pesakit, antara 20 hingga 25 peratus akan mengalami masalah sirosis hati (sel hati mati, menjadi keras dan berparut). Daripada jumlah ini, lima hingga 10 peratus pesakit boleh mendapat kanser hati.

Virus Hepatitis B dikatakan 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding virus HIV. Daripada jumlah ini, 350 juta yang dikategorikan sebagai pembawa virus kronik adalah penduduk Asia dan Afrika. Walaupun sangat mudah berjangkit, hampir 90 peratus kes jangkitan Hepatitis B boleh disingkirkan dengan cara semula jadi apabila badan menghasilkan antibodi bagi melawan virus itu. Hanya 10 peratus individu yang dijangkiti menjadi pembawa virus.

Jangkitan HVB boleh dikesan melalui pemeriksaan fungsi hati, terutama ujian paras enzim hati (ALT). Biasanya bagi individu dijangkiti, paras A tinggi, walaupun hatinya boleh berfungsi secara normal.

Ia juga boleh dikesan melalui ujian serologi, imbasan bunyi, DNA bagi HVB dan biopsi hati untuk mengesan darjah keradangan atau kehadiran fibrosis (tisu hati bengkak dan bertukar menjadi parut).

Berdasarkan kenyataan Konsensus Asia Pasifik mengenai pengurusan Hepatitis B kronik pada 2005, cara utama untuk mengurang atau mencegah kecederaan serta perkembangan penyakit hati ialah melalui penyekatan virus yang boleh dilakukan dengan pengambilan vaksin. Pada masa sama, ia menyekat terus proses replikasi (kaedah pembiakan) virus Hepatitis B.

Vaksin untuk Hepatitis B hanya perlu diambil sekali seumur hidup, sama ada dalam bentuk suntikan atau oral (makan) terutama bagi individu yang lahir sebelum 1989. Ini kerana vaksin Hepatitis B mula diwajibkan sejak 1989 dan ini bermakna anak kita ada perlindungan terhadap virus itu.

Pesakit yang disahkan menghidap Hepatitis B perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap enam bulan atau setahun sekali bagi memastikan tidak berlaku keradangan baru pada hati mereka.

Pun begitu, banyak cara boleh dilakukan bagi mengelak jangkitan iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah, terutama menggunakan jarum suntikan, dan paling penting setia kepada pasangan.

Selain itu, pembawa virus Hepatitis B diingatkan tidak menderma darah atau organ, berkongsi berus gigi dan pisau cukur dengan sesiapa. Walaupun mereka boleh menjalankan aktiviti harian tanpa masalah, kumpulan ini perlu diawasi supaya tidak menyebarkan virus kepada orang lain.